Piagam Madinah ialah perjanjian yang dimeterai antara Nabi Muhammad dan penduduk Madinah yang berbilang bangsa.Perjanjian ini merangkumi semua penduduk Madinah seperti orang Yahudi, Muslim dan orang pagan. Perjanjian ini dimeterai untuk memperakui kepemimpinan Nabi Muhammad dan membetulkan pergaduhan antara kaum Aus dan Khazraj. Perjanjian ini mengandungi asas-asas hak asasi manusia yang masih belum diwujudkan pada zaman itu.
Perjanjian ini berjaya mewujudkan keselamatan, kebebasan agama, perlindungan dan menaikkan peranan Madinah sebagai negara Islam yang berjaya.
Piagam Madinah yang disusun Rasulullah itu dinilai sebagai konstitusi termodern di zamannya, atau konstitusi pertama di dunia. Piagam ini berisi 47 pasal dan terdiri dari X Bab Pasal diantaranya; Bab I tentang Pembentukan Umat (pasal 1); Bab II tentang Hak Asasi Manusia (Pasal 2-10); Bab III tentang Persatuan Seagama (pasal 11-15); Bab IV tentang Persatuan Segenap Warga Negara (Pasal 16-23); Bab V tentang Golongan Minoritas (Pasal 24-35); Bab VI tentang Tugas Warga Negara (Pasal 36-38); Bab VII tentang Melindungi Negara (Pasal 39-41); Bab VIII tentang Pemimpin Negara (Pasal 42-44); Bab IX tentang Politik Perdamaian (Pasal 45-46); Bab X tentang Penutup (Pasal 47).
Dalam piagam ini, Nabi Muhammad menekankan konsep ummah wahidah walaupun berbeza agama, bangsa dan keturunan. Setiap orang wajib melindungi negara dan membayar zakat bagi orang muslim dan cukai jizyah untuk yang bukan beragama Islam. Setiap orang juga bebas mengamalkan kebudayaan dan agama masing-masing dan saling menghormati.
Robert N. Bellah dalam bukunya Beyond Belief menyebut masyarakat Madinah sebagai masyarakat yang sangat demokratis pada masanya.
John Esposito telah menekankan bahawa Nabi Muhammad berjaya menghapuskan amalan keji orang Arab zaman itu yang menindas wanita, orang kurang upaya dan kanak-kanak.
Bernand, seorang ahli falsafah Inggeris mengatakan bahawa pembawaan Islam telah menghalang aristokrasi dan telah mewujudkan peluang pekerjaan yang sama rata.
Penting untuk diingat, bahawa nilai-nilai kemanusiaan universal yang terkandung dalam Piagam Madinah sangat jauh lebih tua dibandingkan isu HAM yang dijual oleh PBB yang tercermin dalam The Universal Declaration of Human Right pada Desember 1948.
Penting untuk diingat, bahawa nilai-nilai kemanusiaan universal yang terkandung dalam Piagam Madinah sangat jauh lebih tua dibandingkan isu HAM yang dijual oleh PBB yang tercermin dalam The Universal Declaration of Human Right pada Desember 1948.
Piagam Madinah membela hak manusia secara adil..
ReplyDelete